Selangor bukan ‘standard kita’ – MB Johor

image

“Agak melucukan apabila baru-baru ini selepas Bajet Johor 2016 dibentangkan, ada pihak tampil mendakwa bahawa kita menyedut dan mencedok idea daripada Bajet Negeri Selangor 2016. Saya berhasrat mengulas sedikit tentang perkara ini.

Kita tidak pernah memandang Selangor sebagai perbandingan dan suri teladan yang baik untuk Johor. Selangor bukan ‘standard kita’. Johor telah berada dalam liga yang berlainan dan tersendiri. Kita akan menjadi kuasa ekonomi baharu Malaysia.

Takkanlah untuk menjadi ekonomi paling maju di Malaysia, kita ingin mencontohi Selangor, sedangkan Singapura hanya 20 minit dari Johor Bahru.” MB JOHOR DS KHALED NORDIN.
#BajetJohor2016