KKMM Harap Bajet 2016 Beri Penekanan Kepada Keupayaan Jalur Lebar

#Bajet2016

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) berharap Bajet 2016 akan memberi lebih penekanan untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar di negara ini.
Timbalan Menterinya Datuk Jailani Johari berkata pada masa ini, jalur lebar menjadi sangat penting kepada rakyat Malaysia dan kerajaan juga telah mengumumkan beberapa langkah bagi meningkatkan keupayaan jalur lebar termasuk dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

“Selain itu, saya berharap Bajet 2016 akan turut memberi penekanan kepada aspek teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kita tahu Generasi Y merasakan ICT sebagai sebahagian daripada kehidupan harian mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Mudah Alih (MBEA) 2015 di sini, hari ini.

—Bernama

Advertisements