SAYA SAYANG RAKYAT SAYA, TANPA RAKYAT MAKA TIADA RAJA – SULTAN JOHOR

image

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan Bangsa Johor untuk bersatu sebagai hadiah hari keputeraan baginda hari ini.

“Untuk hari jadi saya hari ini, tidak perlu untuk membelikan apa-apa hadiah untuk saya. Hanya satu permintaan dari saya, yang mana bagi saya amat berharga, iaitu untuk Bangsa Johor bersatu.”

“Saya sayang rakyat saya. Tanpa rakyat maka tiada raja” titah baginda.

Di dalam status laman rasmi Facebook kepunyaan baginda juga menyatakan impian untuk melihat rakyat johor bersatu dan itu merupakan tanggungjawabnya.

“Rakyat Johor adalah tanggungjawab saya dan impian saya adalah untuk melihat rakyat bersatu,” titah Sultan Johor.

Selain itu, Sultan Ibrahim telah berkenan memberi peringanan hukuman penjara seumur hidup kepada empat banduan yang menjalani hukuman mati bersempena Hari Keputeraan baginda.

Advertisements