1 Sep 2015 POTA dikuatkuasakan – apakah kesan pelaksanaannya

potaKUALA LUMPUR 1 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) berkuat kuasa secara rasmi hari ini.

Beliau berkata, penguatkuasaan POTA itu selaras dengan pembentangan Kertas Putih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 November 2014 bertajuk ‘Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Militan Islamic State’ di Dewan Rakyat.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, susulan daripada itu, kerajaan telah pun membentangkan Akta Pencegahan Keganasan 2015 [Akta 769] di Parlimen pada sesi Mac 2015 lalu, yang boleh digunakan pihak berkuasa bagi memastikan tiada individu yang terlepas daripada sebarang tindakan perundangan sekiranya melibatkan diri dalam perbuatan keganasan.

“Akta 769 tersebut telah pun diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei 2015 dan berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Sept 2015,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata dalam penggubalan akta itu, terdapat satu undang-undang baharu yang turut digubal di samping beberapa pindaan selari yang dibuat terhadap empat undang-undang sedia ada.

Ahmad Zahid berkata, ia bertujuan untuk memastikan undang-undang tersebut benar-benar man­tap dan komprehensif agar anasir-anasir ini tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Katanya, Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 [Akta 770] (SMATA) iaitu undang-undang baharu yang membenarkan Ketua Pengarah Imigresen menggantung atau membatalkan dokumen perjalanan yang dikeluarkan kepada warganegara Malaysia, yang terlibat dalam organisasi pengganas tersenarai di sesuatu negara asing atau di mana-mana bahagian sesuatu negara asing.

Beliau berkata, menteri diberi kuasa untuk mengeluarkan suatu perintah menuntut penyerahan do­kumen perjalanan asing milik seseorang bukan warganegara Malaysia, yang terlibat dengan pengganas di sesuatu negara asing, dan diserahkan kepada polis serta ditahan 14 hari untuk proses siasatan.

Katanya, empat pindaan selari tersebut adalah Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 (KK); Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015 (SOSMA); Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 (POCA); dan Akta Penjara (Pindaan) 2015.

“Akta Langkah-Langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara 2015 (SMATA), Kanun Keseksaan (Pindaan) 2015 (KK) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Pindaan) 2015 (SOSMA) telah pun dikuatkuasakan pada 15 Jun 2015,” katanya.

Beliau berkata, Akta Pencegahan Keganasan 2015 ini dikuatkuasakan bersekali dengan Akta Pencegahan Jenayah (Pindaan) 2015 dan Akta Penjara (Pindaan) (No.2) 2015 iaitu pada 1 September 2015.– BERNAMA

*****************************************************

Apa Itu POTA??

TUJUAN:

* Suatu undang-undang untuk mencegah perlakuan atau sokongan bagi perbuatan keganasan yang melibatkan organisasi pengganas dari sesuatu negara asing serta bagi kawalan terhadap orang yang terlibat dengan perbuatan sedemikian.
* Memastikan tiada individu terlepas daripada sebarang tindakan perundangan sekiranya mereka melibatkan diri dalam kegiatan keganasan.
* Akta memastikan rakyat dan keamanan negara tidak diganggu gugat oleh pihak yang terlibat dalam aktiviti militan.

LATAR BELAKANG:

* Pada 26 Nov 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan kertas putih bertajuk “Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State (IS)” di Parlimen sebagai memperakui ancaman keganasan berterusan di dalam dan luar negara.
* Kertas putih itu menegaskan komitmen kerajaan dalam membanteras ancaman yang ditimbulkan IS bersama masyarakat antarabangsa.
* Berdasarkan syor dalam perenggan 59 kertas putih itu, suatu undang-undang baru akan diperbuat untuk menangani secara khusus ancaman IS.

ELEMEN KUASA DALAM POTA:

* Seseorang pegawai polis boleh tanpa waran menangkap mana-mana orang jika dia mempunyai sebab untuk mempercayai terdapat alasan yang menjustifikasikan siasatan diadakan mengenai kes orang itu.
* Apabila seseorang ditangkap, kes hendaklah dirujuk oleh pegawai polis kepada Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan tidak lewat daripada tujuh hari dari tarikh penangkapan.
* Mana-mana orang yang ditangkap hendaklah, melainkan jika dilepaskan terlebih dahulu, dibawa di hadapan seorang Majistret dalam tempoh 24 jam.
* Tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya.

PERBEZAAN POTA DAN ISA:

* Kuasa-kuasa eksekutif menteri di dalam ISA akan diambil alih oleh Lembaga Pencegahan Keganasan yang anggotanya dilantik Yang di-Pertuan Agong.
* Orang yang ditahan boleh menemui waris serta mendapat khidmat peguam pilihan masing-masing.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s