RM 12.9 juta untuk Projek Johor Free WiFi

image

Projek Johor Free WiFi bakal menawarkan perkhidmatan wifi secara percuma bagi meningkatkan kemudahan online kepada rakyat.

Projek Johor Free WiFi merupakan satu projek hasil kajian Pelan Suara Hati Johor yang dijalankan pada tahun 2013. Hasil kajian tersebut menunjukkan sebanyak 20.36% responden berkehendakkan kemudahan telekomunikasi dipertingkatkan.

Sebanyak RM12.9 juta diperuntukkan untuk program ini  yang meliputi 135 kawasan hotspot di 10 buah daerah, 16 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan 13 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dijangka bermula selewatnya Januari 2016.

Advertisements