MB Johor : Tahniah Atas Kejayaan JDT Juarai Liga Super 2015

image

JOHOR BAHRU, 22 Ogos- Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengucapkan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mempertahankan kejuaraan Liga Super.

Katanya, kesungguhan dan semangat berpasukan pemain serta sokongan jitu tidak berbelah bahagi penyokong JDT sejak kejuaraan bermula, akhirnya terbalas.

” Semoga kejuaran ini menjadi pembakar semangat kepada pasukan Harimau Selatan untuk terus menempa lebih banyak lagi kemenangan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata dengan kejayaan itu, maka kesungguhan, semangat berpasukan serta sokongan jitu penyokong pasukan itu, kini terbalas.

“Semoga kejuaran ini menjadi pembakar semangat kepada pasukan Harimau Selatan untuk terus menempa lebih banyak lagi kemenangan pada masa akan datang,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Biarpun kalah 2-1 kepada Felda United pada pada perlawanan terakhir liga malam ini, JDT mempertahankan kejuaraan dengan mengumpul 46 mata selepas 22 perlawanan, kelebihan dua mata daripada pencabar terdekat Pahang.

Sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Ismail Karim mengesahkan tiada cuti umum bagi negeri ini esok sempena kejayaan JDT mengekalkan kejuaraan itu.
Beliau turut menafikan kerajaan negeri memberikan cuti umum esok seperti yang tersebar di media sosial.

Advertisements