Pemilikan warga asing di Johor kurang 2%

image

Ada pihak yang cuba menakut-nakutkan rakyat dengan memberi persepsi bahawa Johor dimiliki oleh warga asing.

Persepsi pemilikan hartanah asing berada di tahap luar kawalan di Johor adalah tidak benar sama sekali.  Kerajaan Negeri sentiasa mengambil langkah-langkah yang sistematik dan bersepadu demi mengawal jumlah pemilikan hartanah asing di Johor. 

Hakmilik landed sehingga 31 Disember 2014 adalah 1,304,975 hak milik.  Daripada jumlah itu, hak milik berdaftar atas nama warga asing hanya 9,459 hak milik iaitu 0.72%.  Dan kalau kita lihat hakmilik strata, terdapat 93,411 petak. Dan daripada jumlah itu, yang berdaftar atas warga asing hanya 1,088 hak milik iaitu 1.16%. Jadi, adalah tidak benar bahawa soal pemilikan hartanah berada di luar kawalan dalam Negeri Johor.

Kerajaan negeri menetapkan bahawa mana-mana warga asing yang menetapkan di negeri ini terhalang daripada memiliki rumah kediaman, kedai yang dikategorikan sebagai kos rendah dan kos sederhana rendah.  Dan orang asing juga tidak dibenarkan untuk memiliki rumah kediaman jenis teres setingkat ataupun satu setengah tingkat.  Yang itu, orang asing memang tidak boleh beli.Warga asing juga hanya boleh membeli rumah yang berharga minimum RM1 juta.

Advertisements