Johor teruskan tumpuan rumah mampu milik

MB SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI KALI KE-13PASIR GUDANG 8 April – Kerajaan negeri akan meneruskan penyediaan rumah mampu milik kepada rakyat seperti yang dilaksanakan sebelum ini walaupun Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Harta- nah Johor (LPHJ) belum diperkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketiadaan enakmen tersebut tidak mengganggu tumpuan dan usaha kerajaan negeri dalam menyediakan perumahan kepada rakyat.

“Tuanku minta dibahas, jadi kita dengar. Tanpa mahu terlibat dalam sebarang polemik berkaitan isu ini, usaha kerajaan negeri untuk menyediakan rumah mampu milik akan tetap diteruskan.

“Tujuan pembentangan rang undang-undang tersebut adalah untuk memudahkan kerja, na­mun buat waktu ini, perkara itu belum diguna pakai jadi kita akan teruskan dengan agensi-agensi sedia ada antaranya Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ),” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Saguhati Nelayan Johor Selatan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian berhubung titah Sultan Ibrahim yang mahu Rang Undang-undang LPHJ yang diluluskan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), Jun tahun lalu dikaji semula dan dipinda agar selaras dengan enakmen-enakmen lain yang dilaksanakan di negeri ini.

Sementara itu, mengulas titah baginda berhubung pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas perkhidmatan awam khususnya membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT), Mohamed Khaled berharap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) perlu membuat kajian semula.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/johor-teruskan-tumpuan-rumah-mampu-milik-1.89723#sthash.xF2abbxw.zn1igCrf.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s