Tanah rezab Melayu di Johor meningkat kepada 554,924 hektar!

image

YAB Menteri Besar Johor pernah berjanji dahulu akan terus menjaga tanah rezab Melayu.

Bermula dengan 8% dengan 152 ribu hektar pada tahun 1957, kini tanah Rezab Melayu di Johor terus bertambah.

Rekod terkini pada 31 April 2015, keluasan tanah rezab melayu berjumlah 554,924.620 hektar, atau 29.2 peratus.  Ini merupakan pertambahan sebanyak 122,766.890 hektar ataupun 6.4 peratus .

Peningkatan ketara 6.4 % daripada keluasan Johor dalam masa tidak sampai setahun berbanding peningkatan 14.8% sejak merdeka sehingga September 2014 menunjukkan bukti kukuh janji Kerajaan Johor bukan saja mempertahankan malah meningkatkan tanah rizab Melayu.

Proses ini akan dibuat secara berterusan bahkan pemantauan dan proses pindah milik tanah rezab Melayu telah diperketatkan.

Tahniah kepada MB Johor dan kepimpinan Kerajaan Negeri Johor yang terus tegas menjaga kepentingan Melayu.

Advertisements