Kerajaan Johor terus perkasa sektor Pertanian

image

Bagi tahun 2015, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM 4 juta bagi menjayakan Program Galakan Usahawan oleh Jabatan Pertanian Johor bagi mempertingkatkan kebolehsaingan kumpulan usahawan dalam sektor pertanian, untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan usahawan.

Ia akan diagihkan melalui tiga projek iaitu projek industri kecil (PIK), projek pembangunan tanah terbiar (PPTT) dan Skim Pinjaman Satu Mukim Satu Industri (SMSI).

Sebanyak 2.75 juta telah disalurkan kepada 551 usahawan pada tahun 2014.

Ini membuktikan kerajaan negeri Johor serius untuk bantu orang luar bandar khasnya dari aspek pertanian. Dengan ini mereka juga berpeluang untuk meningkatkan ekonomi keluarga mereka dan keluar daripada kelompok kemiskinan.

Advertisements