Jom meriahkan #SemarakJohor Benut 2015

image

Warga Pontian dijemput untuk memeriahkan karnival Semarak Johor di Dataran Dato Jalok, Benut, Pontian pada 8 Hingga 10 Mei 2015.

Program anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor merupakan acara tahunan yang dibuat mengikut JPMM. 

Banyak acara menarik bakal disajikan seperti forum perdana, kuiz, Permata Selatan FM di lapangan,  persembahan artis, pameran dan persembahan kebudayaan tempatan.

Program seperti ini diharap dapat merapatkan agensi kerajaan dan rakyat serta memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti program setiap agensi ini secara dekat.  

#SemarakJohor  #KKMM

Advertisements