Kerajaan Johor sasar tingkat pembinaan Rumah Mampu Milik Di Johor

perumahan 1Rumah bukan lagi hanya kehendak. Ia adalah keperluan asas. Kerajaan Johor berazam memastikan setiap warganya mempunyai tempat perlindungan yang sesuai dan selesa. Fokus kita ialah menggembleng tenaga dengan pelbagai pihak untuk membina sebanyak mungkin rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat Johor dan mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama di bandar.

Kerajaan Negeri telah meningkatkan sasaran pembinaan rumah mampu milik daripada 28 ribu kepada 37 ribu unit rumah di bawah kategori perumahan mampu milik yang akan dibina sehingga 2018

Kerajaan Negeri menjangkakan sebanyak 8,900 unit perumahan mampu milik dapat dibina oleh syarikat berkaitan kerajaan dan pemaju-pemaju swasta di seluruh Negeri Johor bagi tempoh dari bulan Jun 2014 sehingga tahun 2015. Selain itu, sebanyak 6,300 unit rumah kos rendah termasuk Projek Perumahan Rakyat sedang dalam proses pembinaan di pelbagai peringkat untuk memenuhi keperluan rakyat Johor yang berpendapatan rendah.

Muafakat Johor

Advertisements