Saham Wakaf Johor kumpul RM45

ABD. MUTALIB ABD. RAHIM (empat dari kiri) bersama pembayar wakaf dalam majlis Pelancaran dan Perasmian Projek Saham Wakaf Johor Ke 9 dan Wakaf Mesin Hemodialisis di Pusat Perlindungan Wanita MAIJN Johor di Taman Perling, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

ABD. MUTALIB ABD. RAHIM (empat dari kiri) bersama pembayar wakaf dalam majlis Pelancaran dan Perasmian Projek Saham Wakaf Johor Ke 9 dan Wakaf Mesin Hemodialisis di Pusat Perlindungan Wanita MAIJN Johor di Taman Perling, Johor Bahru, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU 11 Feb. – Saham Wakaf Johor yang diperkenalkan bagi membantu membangunkan ummah di negeri ini berjaya membuat kutipan sebanyak RM45 juta bermula tahun 2010 sehingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama negeri, Abd. Mutalip Abd. Rahim berkata, kutipan itu diperoleh hasil sumbangan daripada 34,230 pewakaf menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Katanya, hasil kutipan itu digunakan bagi membangunkan la­pan projek iaitu Bangunan Saham Wakaf, Wakaf Ladang, Wakaf Mashaf Al-Quran, Wakaf Asrama Pelajar Mesir, Wakaf Bangunan Perniagaan, Wakaf Sekolah Agama, Wakaf Bangunan Tahfiz dan Wakaf Bangunan Darul Furqan.

“Terbaharu bagi projek kesembilan, kita melancarkan Wakaf Mesin Hemodialisis yang mana kita akan membeli 100 unit mesin dialisis bernilai RM4.5 juta bagi kegunaan pesakit pesakit buah pinggang untuk mendapatkan rawatan.

“Pada hari pertama pelancaran projek ini kita berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM59,000 hasil wakaf daripada sebuah syarikat dan dua individu dan berharap lebih ramai pewakaf mengambil bahagian bagi menjayakan projek ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Wakaf Mesin Hemodialisis di Dewan Pusat Perlindungan Wanita MAINJ di sini hari ini. Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MAINJ, Md. Rofiki A. Shamsudin.

Abd. Mutalip berkata, pencapaian Saham Wakaf Johor melaksanakan projek-projek berkenaan jelas menunjukkan keprihatinan dan kesedaran yang tinggi dalam kalangan umat Islam di negara ini bagi membantu golongan yang memerlukan.

Justeru, beliau berharap Saham Wakaf Johor akan terus mendapat sambutan daripada orang ramai untuk berwakaf bagi membolehkan lebih banyak projek pembangunan ummah dijalankan pada masa hadapan.

-Utusan Malaysia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: