Johor terus martabat tulisan jawi

martabat jawi

Alhamdulillah, kini menjadi tanggungjawab sosial Johor menerusi Jcorp dengan menaja penerbitan semula akhbar Utusan Melayu Mingguan untuk melihat tulisan Jawi terus wujud, re­levan dan tidak luput ditelan zaman.

Utusan Melayu Mingguan akan diedarkan kepada 262 buah sekolah menengah di seluruh nege­ri, kaunter pejabat kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) dan sebagai bahan bacaan di masjid.

Johor sinonim dengan penggunaan Jawi terutama didalam kitab kitab sekolah agama. Saya mahu anak anak Johor boleh membaca Jawi, jika boleh baca Jawi insyaAllah boleh baca Alquran.

Advertisements