Hasbullah Awang meninggal dunia di IJN – Al Fatihah

hasbullah awangKUALA LUMPUR 12 Feb. – Pengulas sukan tersohor tanah air, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) kira-kira pukul 12.20 tengah hari tadi kerana menghidap penyakit jantung.

Jenazah Allahyarham yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu yang lalu akan dibawa pulang ke kediamannya di Shah Alam pada pukul 3 petang ini untuk pengebumian. – UTUSAN ONLINE

Advertisements