DS Najib : Penurunan tatif elektrik diharap kurangkan beban rakyat

Penurunan bil eletrik akan mengurangan bil  dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 sebulan

Penurunan bil eletrik akan mengurangan bil dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 sebulan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tarif baharu elektrik yang diumumkan hari ini, selaras dengan penurunan kos bahan api dan penjanaan, dapat membantu meringankan kos sara hidup.

Dalam catatan di laman Facebook dan Twitter Najib berkata, kerajaan akan terus mengutamakan kebajikan rakyat.

Setelah semakan semula kos bahan api dan penjanaan, Kabinet pada hari ini memutuskan untuk mengurangkan tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung, Sabah dan Labuan bermula 1 Mac 2015, katanya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili mengumumkan, pengguna di Semenanjung Malaysia akan menikmati penurunan tarif elektrik dengan kadar Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWj), manakala purata kadar tarif bagi Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan diturunkan sebanyak 1.20/kWj berkuat kuasa 1 Mac hingga 30 Jun 2015.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini setelah dimaklumkan kos penjimatan ICPT yang boleh dilepaskan kepada pengguna dalam bentuk tarif yang lebih rendah adalah RM726.99 juta setelah mengambil kira penurunan kos bahan api global dan penjanaan. – Bernama

Advertisements