Boikot peniaga enggan turun harga barang

JOHOR BAHRU 4 Feb. – Pengguna wajar menggunakan kuasa beli dengan memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga barang atau perkhidmatan walaupun kos operasi berkurangan berikutan penurunan harga runcit petrol dan diesel.

Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata, dalam keadaan harga petrol dan diesel telah turun beberapa kali, pengguna harus bijak memainkan peranan masing-masing untuk memastikan harga barang tidak terus naik.

“Rakyat perlu memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga barangan dan melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sekiranya harga yang ditawarkan terlalu tinggi.

“Saranan ini bagi memastikan eksploitasi harga barangan tidak terus berlaku dalam kalangan peniaga yang degil,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sharifah Azizah berkata, kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merujuk kepada sikap pemborong dan peniaga yang masih tidak mahu menurunkan harga barangan walaupun harga minyak sudah turun.

Tambah beliau, Biro Pengguna Wanita UMNO negeri yang diketuai Ketua Wanita UMNO Bahagian Bakri, Jamilah Othman akan menjalin kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kuasa sebagai pengguna.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/boikot-peniaga-enggan-turun-harga-barang-1.55951#sthash.cL0EMKV7.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s