Lebih 70 Bahagian Sokong Ismail Sabri

image (6)

KUALA LUMPUR – [ Dikemaskini] Lebih 70 ketua Umno bahagian dikatakan akan berkumpul bagi menyatakan sokongan kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Ismail Sabri Yaakob berhubung kenyataannya terhadap perniaga berbangsa Cina.

Difahamkan mereka akan mengadakan satu sidang media khas menyatakan sokongan itu di Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, mereka akan menyatakan sokongan penuh kepada Ismail Sabri dengan kenyataannya itu sebagai kuasa pengguna.

“Kita berkumpul sebagai solidariti kepada beliau dalam ketika menghadapi serangan daripada mereka yang salah faham.

“Setakat ini, lebih 60 bahagian menyatakan sokongan dan kita akan terus bersama,” katanya kepada Sinar Online, semalam.

Sidang akhbar dikatakan akan diadan di Kelab Tasik Putrajaya hari sini.

Bagaimanapun, sehingga jam 7 pagi ini, difahamkan lebih 70 ketua Umno bahagian telah mengesahkan kehadiran sokongan.

Ismail Sabri yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno dikecam teruk, termasuk dari rakan komponen sendiri, iaitu Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon apabila mengecam peniaga Cina yang tidak menurunkan harga barangan.

Ismail Sabri sebelum ini telahpun menjelaskan bahawa kenyataannya itu bukan ditujukan kepada peniaga kaum Cina sahaja tetapi kepada semua pemborong dan peniaga yang masih tidak mahu menurunkan harga barang walaupun harga minyak telah diturunkan.

Pada Isnin, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon secara terang menyatakan mahu berganding dengan DAP menyerang Ismail.

Dalam kenyataannya, Sin Woon dilaporkan membidas Ismail dengan berkata: ‘untuk memboikot perniagaan Cina adalah kenyataan kurang bijak dan menegaskan bahawa Ismail hanya membuat kenyataan peribadi, bukan pendirian Kabinet mahupun BN.’

Sumber : Sinar Harian

Advertisements