Industri Pelancongan Johor Diyakini Meningkat Dengan Perlaksanaan Visa Percuma

tee siew kiong

JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri yakin mencapai sasaran lima juta pelancong pada tahun ini yang turut disumbang susulan pelaksanaan pemberian visa percuma (VFF) kepada pelancong China.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata pelancong dari tembok besar itu penyumbang ketiga tertinggi pelancong ke Johor.

Beliau yang menyambut baik perlaksanaan itu sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-China seterusnya memacu perkembangan ekonomi Johor dan negara.

“Sekarang, pelancong China dikenakan bayaran RM200 iaitu RM80 dikutip oleh Kerajaan Pusat, manakala RM120 sebagai bayaran proses mendapatkan visa, tetapi dengan pelaksanaan VFF ia lebih memudahkan.

“Setiap tahun, seramai 100 juta rakyat China melancong ke luar negara dan 70 peratus daripadanya pergi ke negara Asean menjadikan ia satu peluang untuk Malaysia yang memiliki kelebihan budaya dan bahasa,” katanya selepas Made In Malaysia Bengkel dan Pameran Paper Manche Panda di galeri pameran JB R&F Princess Cove di sini, semalam.

Siew Kiong berkata, pihaknya belum menerima dasar pelaksanaan sebenar berhubung VFF, namun mengandaikan ia satu permulaan yang baik.

“Kita (Johor) ada kekuatan dengan beberapa produk pelancongan iaitu pantai, pulau, taman tema dan pusat beli belah yang mampu menarik pelancong dari China,” katanya.

 

Sumber : Sinar Harian

Advertisements