Mangsa Ribut Terima Bantuan Hingga RM1000

 

photo_2015-01-15_08-02-57

Parit Sulong – Mangsa-mangsa bencana ribut yang telah melanda dikawasan Parit Sulong tempoh hari akhirnya mendapat perhatian YB Dato Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Parit Sulong.

Setiap keluarga mangsa menerima sumbangan sebanyak RM350 sehingga RM1000 bergantung kepada kerosakan yang dialami mereka. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kos membaikpulih yang perlu ditanggung oleh mangsa.

Turut hadir sama dalam sessi penyampaian bantuan tersebut adalah Encik Adnan, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Batu Pahat.

Advertisements