Berani cakap beranilah tanggung – Ketua Polis Negara

Eric Paulsen membuat kenyataan dalan twitternya menuduh JAKIM sedang menyebarkan ekstrimisme melalui khutbah Jumaat.

Eric Paulsen membuat kenyataan dalan twitternya menuduh JAKIM sedang menyebarkan ekstrimisme melalui khutbah Jumaat.

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap peguam Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.

Khalid Abu Bakar

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya akan menyiasat Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty itu mengikut Akta Hasutan 1948.

“Kenyataan sebegini memang wajar kita siasat di bawah Akta Hasutan,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Eric mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi laman sosial Twitternya dengan menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

 Eric menerusi catatannya berkata: “Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mahu banteras ekstremisme di Malaysia”.

Selain itu, Khalid turut menegaskan untuk mengambil tindakan sama ke atas pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab.

“Hati-hatilah dalam memperkatakan sesuatu. Jangan berkata-kata yang mengundang PDRM mengambil tindakan.

“Berani cakap beranilah tanggung,” tegas beliau.

Sementara itu, Eric ketika dihubungi Mingguan Malaysia enggan mengulas mengenai maksud ‘ekstremis’ yang didakwanya itu.

Malah beliau juga tidak mahu mengesahkan akaun Twitter tersebut adalah miliknya.

“Saya akan adakan sidang akhbar sama ada esok atau pun lusa,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid memberitahu, undang-undang seperti Akta Hasutan 1948 masih diperlukan kerana dapat membantu PDRM menyelesaikan masalah kumpulan ekstremis.

Sambil merujuk kepada insiden serangan pejabat akhbar mingguan Charlie Hebdo di Paris baru-baru ini, beliau menegaskan akta ber­kenaan wajar dikekalkan.

“Ambillah iktibar kejadian di Paris. Itulah sebab kita memerlukan Akta Hasutan dan PDRM tidak akan membiarkan penghasut agama,” ujarnya.

Pada 7 Januari lalu, seramai 12 orang terkorban selepas tiga lelaki yang dilengkapi senapang jenis Kalashnikovs dan pelancar peluru berpandu menyerang pejabat akhbar mingguanCharlie Hebdo.

Pada November 2011 pejabat akhbar berkenaan juga pernah dibom selepas menerbitkan karikatur Nabi Muhammad dengan menggunakan tajuk Charlie Hebdo.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/eric-paulsen-disiasat-ikut-akta-hasutan-1.46659#sthash.2erp032X.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s