Usah spekulasi kes dua beradik hilang

hilang-baru2.transformedOleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Johor Bahru: Polis meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi keyakinan pada siasatan yang dijalankan berhubung kes kehilangan dua beradik di Taman Daya di sini, yang viral di Facebook sejak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, siasatan rapi dan menyeluruh sedang giat dijalankan bagi kes yang diklasifikasikan sebagai orang hilang itu.

“Kami meminta kerjasama orang ramai supaya memberi masa serta keyakinan kepada pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS dalam menjalankan siasatan berhubung kes ini.

“Jika terlalu banyak campur tangan dan spekulasi yang dikemukakan, dikhuatiri akan menjejaskan proses siasatan,” katanya.

Beliau turut meminta jasa baik orang ramai supaya tidak mensensasikan isu atau berita terbabit. – Harian Metro

Advertisements