Kluang bakal menjadi Bandar Warisan Sihat dan Selamat

publisiti awal

Pada pagi ini satu Majlis Pelancaran Publisiti Awal – Rancangan Kawasan Khas ‘ Pengekalan & Pemuliharaan Bangunan Warisan, Bandar Sihat & Bandar Selamat di Bandar Kluang telah dijalankan di Dewan Jubli Intan Kluang

Dalam ucapan Perasmian oleh YB Dato Halimah dimulakan, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar Negeri Johor bersedia awal jika banjir melanda Johor.

Berkenaan Bandar Warisan Kluang di mana bandar ini dibina pada tahun 1910, dilihat bandar induk Kluang ini masih kelihatan sama seperti dulu dan uzur serta kelihatan tua. Maka bandar induk Kluang ini perlu dikekalkan sebagai Bandar Warisan seperti bandar di Melaka dan Pulau Pinang. Maka idea memelihara bandar ini diilhamkan sendiri oleh DYMM Sultan Johor ketika Baginda melawat Kluang.

Maka bagi menzahirkn titah DYMM Tuanku maka pada hari ini dilancarkan program RKK Tempatan di mana Rancangan yg dibuat ini akan dipamerkan kepada rakyat selama sebulan bagi menjelaskan perancangan yg akan dibuat. Dalam tempoh itu, rakyat boleh membuat bantahan dalam masa sebulan sebelum projek dijalankan. Diharap perancangan ini akan memajukan bandar Kluang

YDP Majlis Perbandaran Kluang pula mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Menteri kerana meluluskan bagi Daerah Kluang peruntukan sebanyak RM 2.5juta bagi pemasangan cctv di kawasan bandar kluang yang disediakn oleh Majlis Perbandaran Kluang

Turut hadir dalam majlis ini juga YB Tn Hj Md Jais Sarday, Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap ADUN Mahkota, Tn Hj Fuad Radzuan – Pegawai Daerah Kluang, Tn Hj Ismail Abu – Pentadbir Tanah Daerah Kluang dan Tn Hj Adib Azhari B Daud – YDP Majlis Perbandaran Kluang.

Advertisements