PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU KETIKA BANJIR MASIH BERLELUASA

fitnah banjir 1(Klxpress) – Fitnah semakin berleluasa di media sosial. Tidak cukup dengan fitnah kononnya berlaku banyak kematian di Kuala Krai sehingga terpaksa menempah kain kapan dalam kuantiti yang banyak, kini dikatakan mangsa banjir terpaksa memakan KUCING pula!

Posting yang disebarkan melalui Facebook dibawah nama Ayahanda Raja Provokasi memuat naik gambar yang telah diedit kononnya Datuk Seri Shabery Cheek sedang menyembelih seekor kucing. Sedangkan gambar sebenarnya adalah beliau sedang memberikan kucing tersebut makan kerana merasa simpati akan nasib haiwan berkenaan yang juga terlibat dalam bencana banjir.

Keadaan sememangnya runcing walaupun banyak bekalan makanan, pakaian dan keperluan lain disumbangkan oleh pelbagai agensi kerajaan mahupun Ngo-Ngo malah orang persendirian namun akibat keadaan cuaca yang tidak menentukan menyebabkan bekalan diterima agak lewat.

Ini tidak bermaksud kucing boleh dijadikan bahan makanan. Fitnah sebegini terlalu melampau untuk diterima. Adalah diharapkan pihak SKMM mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menyebarkan fitnah yang tidak masuk akal begini.

Adalah dinasihatkan sekiranya tidak mampu membantu, adalah lebih baik berdiam diri. Perbuatan sebengini bukan sahaja tidak membantu malah menghina mereka yang terbabit didalam misi mencari dan menyelamat. Adakah para sukarelawan begitu kejam?

Tidakkah kita tahu, para sukarelawan bukan sahaja membantu menyelamatkan manusia dan harta benda tetapi juga termasuk haiwan peliharaan?

Bagi mereka yang hanya sekadar memuatnaik gambar dan posting dari kedai mamak sambil menikmati makanan enak dan teh tarik gelas besar tanpa turun padang bersama membantu, disarankan lebih baik mendoakan kesejahteraan mangsa dan petugas bencana banjir yang terburuk kali ini.

Advertisements