PENGUMUMAN BILIK GERAKAN BENCANA NEGERI JOHOR TELAH DITUTUP

BANJIR JOHOR1

PENGUMUMAN : UNTUK MAKLUMAN RAKYAT JOHOR.

BILIK GERAKAN BENCANA NEGERI TELAH DITUTUP SECARA RASMI PADA JAM 9.00 PAGI TADI.

Penutupan Bilik Gerakan Negeri ini adalah berdasarkan kepada 2 faktor iaitu:-

1) Tahap bencana di Negeri Johor telah diturunkan daripada Tahap 2 kepada Tahap 1 yang melibatkan hanya Daerah Segamat dan Batu Pahat sahaja. Jumlah mangsa terkini (setakat jam 8.00 pagi) seramai 172 orang mangsa melibatkan 42 keluarga. Bilik Gerakan Daerah yang masih terbabit dengan banjir masih kekal dibuka 24 jam hingga kini.

2) Penamatan Amaran Hujan Lebat dari 29-31 Disember 2014 oleh Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) yang telah dikeluarkan pada awal pagi ini.

Namun begitu, Bilik Gerakan Bencana Negeri masih beroperasi secara pentadbiran yang di buka pada waktu pejabat dari jam 8.30 pagi – 5.30 petang (Ahad hingga Rabu) dan 8.30 pagi – 4.00 petang (Khamis).

Tuan/Puan masih boleh menghubungi pihak Urusetia (MKN Johor) pada waktu ini (waktu pejabat). Nombor telefon BILIK GERAKAN NEGERI adalah 07-2210251/07-2213980/07-2213981.

Sekian, terima kasih.

Advertisements