Harga RON95 dan diesel akan terus menurun di bawah RM 2.00 pada 1 Januari

minyak2Keputusan kerajaan untuk menetapkan harga runcit bagi RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini nampaknya terus menerus beri berita gembira.

Setelah harga RON95 turun dari RM2.30 kepada RM2.26 dan diesel naik 3 sen seliter dari RM2.20 kepada RM2.23 mulai 1 Disember tentu ramai tertunggu apa pula harga mulai 1 Januari 2015.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan tentu lebih tahu mengenai perkiraannya.

Beliau menduga harga RON95 dan diesel sekitar RM1.90 – RM1.95 seliter mulai 1 Januari.

Katanya tidak perlu nak berdemo mendesak penurunan harga.

Beliau juga berharap selaras dengan penurunan harga bahan bakar itu para peniaga juga akan menurunkan harga barang.

Pada 1 Disember lalu harga RON97 yang diapungkan secara terkawal juga telah mengalami penurunan 9 sen seliter jadi RM2.46.

Apakah RON97 juga akan turun.Ini kena tunggu pengumuman rasmi nanti.- (Agenda Daily)

Advertisements