Banjir di Johor Belum Kritikal

JOHOR BAHRU – Laporan banjir di Johor merekodkan bilangan yang konsisten susulan hujan di beberapa kawasan. Seramai 475 mangsa masih berada di pusat pemindahan melibatkan 119 keluarga di lima daerah di negeri ini.

Laporan Majlis Keselamatan Negara cawangan Johor memetik 9 pusat pemindahan masih dibuka manakala enam telah ditutup sehingga jam 8 pagi tadi. Antara kawasan yang masih terjejas banjir ialah Kluang kekal empat pusat, Batu Pahat (2); Muar, Segamat dan Kota Tinggi masing-masing satu pusat masih dibuka.

Berikut laporan terkini dipusat penempatan yang dibuka.
Kluang di Balai Raya Kg Palembang 89 mangsa, di Balai Raya Kg Kolam Air (67); SK Sg Linau (85) dan di Balai Raya Kg Bentong(11). Manakala di Muar di Balai Raya Kg Sawah Laku (18); SK Kg Spang Loi, Segamat (11); SK Kota Dalam, Batu Pahat (81) dan SMK Suria Perdana, Ayer Hitam, (41) Kota Tinggi di Dewan Az-Zubair Kg Jawa, Penggerang (72) .

Hanya laluan di Jln Bkt Tempurung, Segamat dilaporkan terputus hubungan.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/mangsa-banjir-di-johor-masih-475-orang-1.345454

Advertisements