PIS Lancar Tabung Kemanusiaan Bantu Mangsa Banjir

740107103_54918

JOHOR BAHARU, 25 Dis (Bernama) — Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) melancarkan Tabung Kemanusiaan PIS bagi meringankan beban mangsa banjir yang melanda beberapa negeri ketika ini.

Pegawai Perhubungan Awam PIS Baniamin Abu Bakar berkata sumbangan melalui tabung itu akan digunakan untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan, selimut, lampin pakai buang, susu bayi, kain pelikat dan kain batik.

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke akaun Bank Islam bernombor 01087010011053 atas nama Masjid Politeknik Ibrahim Sultan, katanya dalam kenyataan di sini Khamis.

Orang ramai boleh menghubungi talian 07-2612488 untuk maklumat lanjut, menurut kenyataan itu.

— BERNAMA

Advertisements