Tiga siswa hasilkan mesin kupas bawang

image (18)JOHOR BAHRU 23 Dis. – Pertandingan inovasi anjuran Pusat Inovasi Mahasiswa (CSI) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bertujuan menerapkan budaya inovasi dalam kalangan penuntut pusat pengajian tinggi ber­kenaan.

Timbalan Dekan CSI, Dr. Abdul Rashid Husain berkata, pertandingan berkenaan yang diadakan pada setiap semester merupakan edisi ketujuh dengan setiap peserta diberi tugasan penghasilan produk untuk menyelesaikan masalah kehidupan seharian masyarakat.

“Pertandingan ini juga sebagai platform kepada penuntut untuk berkongsi idea dan bertukar pendapat antara fakulti,” katanya di sini baru-baru ini.

Sebanyak 43 kumpulan yang mewakili pelbagai fakulti bersaing di peringkat akhir dengan produk mereka diadili oleh 12 juri profesional terdiri daripada pakar akademik universiti berkenaan.

Dalam pertandingan tersebut, mesin pengupas kulit bawang automatik yang dihasilkan oleh kumpulan Think Po yang dianggotai tiga penuntut Fakulti Pendidikan dinobatkan sebagai juara.

Produk diberi nama Peel-O itu yang mengguna pakai konsep mesin basuh, turut merangkul anugerah Best of The Best, Pingat Emas dan Persembahan Terbaik seterusnya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,400.

Ketua kumpulan, Noor Khairul Azwan Yusoff, 25, berkata, tempoh yang diambil untuk mengupas kulit bawang adalah lama jika membabitkan jumlah yang besar iaitu kira-kira 30 minit bagi setiap satu kilogram, namun dengan menggunakan Peel O, tugas itu dapat diselesaikan dalam masa dua hingga tiga minit.

 “Mesin ini dihasilkan dengan modal RM230,” katanya yang turut dibantu Anuar Mohammed, 29, dan Nuraisyah Ahmad, 22.

– See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/kampus/tiga-siswa-hasilkan-mesin-kupas-bawang-1.40165#sthash.gB7MYvkR.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s