Rakyat Johor perlu bersedia hadapi banjir – MKN

IMG-20141224-WA0001

Gambar Hiasan

Rakyat Johor diingatkan supaya bersedia menghadapi banjir. Berdasarkan ramalan kaji cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, Johor akan hadapi kesan luruan monsun yang menyebabkan hujan lebat monsun yang panjang

Berikut adalah hebahkan keselamatan dari Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor :

HEBAHAN UMUM OLEH MAJLIS KESELAMATAN NEGARA NEGERI JOHOR pada 24 Disember 2014 jam 5.14 petang.

Berdasarkan Amaran Awal yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) melalui sesawang http://www.met.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=4964 , pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor ingin menasihatkan orang ramai di Negeri Johor agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir yang dijangka pada 28-30 Disember 2014, kesan daripada luruan monsun yg akan menyebabkan hujan lebat monsun yang boleh berterusan lebih 3 hari.

Orang ramai diharapkan agar peka dengan keadaan sekeliling, sentiasa mengikuti perkembangan semasa melalui hebahan berita dan media sosial, serta sentiasa bersiapsedia sekiranya diarahkan untuk berpindah ke Pusat Pemindahan oleh pihak berkuasa.

Sebarang maklumat terkini dan tepat, sila layari
(UNTUK INFO SELURUH NEGARA)
http://portalbencana.mkn.gov.my (Website)
Informasi Bencana (Facebook)
@PortalBencana (Twitter)

(UNTUK INFO DI NEGERI JOHOR SAHAJA)
Portal Bencana Johor (Facebook)
@PBencanaJHR (Twitter) untuk info.

Sekian, terima kasih.

Advertisements