Guru KAFA mendapat pengiktirafan Kerajaan Negeri Johor

Kafa mersingkhaled2Bagi mengiktiraf guru-guru KAFA yang sangat berjasa, pemberian bonus kepada guru-guru KAFA tidak terkecuali menerima sama seperti penjawat awam yang lain.

Kerajaan Negeri telah bersetuju agar pembayaran elaun khas cuti bersalin kepada guru-guru KAFA dilaksanakan mulai 2015. Ini bermakna setiap guru KAFA yang bersalin akan mendapat RM 824 setiap bulan untuk tempoh cuti bersalin selama 2 bulan

Kerajaan Negeri juga sedang dalam peringkat kajian bagi semakan semula gaji guru agama di Negeri Johor. Insya-Allah, bila kebajikan orang yang menyampaikan kebaikan untuk agama dan bangsa seperti guru-guru agama ini dipelihara, natijahnya adalah sistem sekolah agama kita akanjadi lebih baik dan produktif.

Kerajaan Negeri turut memberi bonus setengah bulan gaji bagi penjawat awam negeri dengan bayaran minimum RM 500.

Saya merakamkan penghargaan yang sangat tulus dan mendalam kepada semua penjawat awam di Negeri Johor. Segala pencapaian baik dan membanggakan kita sepanjang tahun ini,dari agenda pembangunan yang berjaya dilaksanakan dengan baik; pertumbuhan ekonomi yang rancak, penyampaian perkhidmatan awam yang cekap hinggalah keupayaan menguruskan defisit, semuanya tercapai kerana dedikasi luar biasa penjawat awam. Segala bakti yang ditabur, segala jasa yang dicurah, hanya Allah jua mampu membalasnya.

Muafakat membawa berkat
Allah Berkati Johor

– DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN

Advertisements