Dua pasar nelayan dibuka serentak

image (17)MUAR 23 Dis. – Pasar nelayan di Sungai Ba­lang Laut dan Sarang Buaya, dekat sini dijadual dibuka serentak pada Mac tahun depan dalam usaha membantu golongan nelayan memasarkan hasil tangkapan mereka secara terus tanpa kepada orang ramai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail berkata, ketika ini kerja-kerja pembinaan pasar nelayan di Sungai Balang Laut telah siap 65 peratus, manakala di Sarang Buaya pada tahap 85 peratus.

Beliau berkata, pasar nelayan di Sarang Buaya dijadual siap hujung bulan ini, manakala di Sungai Ba­lang Laut pada bulan depan.

“Sebanyak tujuh lot kedai akan ditempatkan di kedua-dua pasar nelayan ini. Nelayan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang yang terdiri daripada nelayan laut dalam dan pinggir pantai akan menjual hasil tangkapan mereka di situ.

 “Orang ramai boleh mendapatkan ikan yang segar dan murah. Ini akan dapat mengurangkan peranan orang tengah dan nelayan mendapat pendapatan yang lebih,” katanya selepas menutup program Kembara Muhibah II Kemas Negeri Johor 2014 di pekarangan Pusat Khidmat DUN Sungai Balang, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) negeri, Taufik Mohd. Yusof; Pegawai Daerah Muar, Muji Salimon dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Muar, Ramlah Ismail.

Zaiton berkata, selain itu akan ditempatkan juga satu tapak jualan untuk isteri nelayan menjual hasil ikan yang sudah ditambah nilai seperti keropok dan belacan yang mereka hasilkan.

Pihaknya juga akan bekerjasama dengan Jabatan Pelancongan bagi memperkenalkan kedua-dua pasar tersebut kepada orang ramai yang menginap di Inap Desa Kampung Parit Bugis untuk melawat serta membeli barangan di situ.

Terdahulu dalam ucapannya, Zaiton menggesa golongan muda di Sungai Balang supaya merebut peluang yang disediakan dan tidak terlalu bergantung kepada kerajaan untuk membina kehidupan dan karier.

“Ada yang layak dan perlu kita bantu, tetapi terdapat juga beberapa yang datang ke Pusat Khidmat DUN Sungai Balang minta bantuan tetapi dilihat penampilannya dengan barangan kemas yang banyak, ini menimbulkan tanda tanya,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/dua-pasar-nelayan-dibuka-serentak-1.40122#sthash.3FCENkIh.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s