Warga Singapura akui bakal terbeban

1807NEWS10.transformedJOHOR BAHRU – Pelaksanaan bayaran permit kemasukan kenderaan (VEP) sebanyak RM20 yang bakal dikuatkuasakan kerajaan bermula tahun depan menimbulkan keluhan kepada warga Singapura.

Seorang suri rumah, Rohani Md Zan, 52, berkata, caj yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia dan Singapura terlalu membebankan rakyat.

Bagaimanapun katanya, rakyat terpaksa menghadapi bebanan tersebut kerana hubungan kedua-dua hala itu sememangnya tidak boleh dipisahkan.

“Caj sekarang pun dah tinggi nak masuk dan keluar, lagi nak tambah RM20 memang menambahkan beban kita.

“Tapi nak ke tak nak kita memang kena bayar sebab di Singapura tempat saya dan Johor ini rumah suami.

“Mungkin lepas ini nak kena keluar masuk menggunakan kenderaan awam sahaja lagi jimat,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Seorang kontraktor, Mahmud Nawi, 40, berkata, caj yang dikenakan itu terlalu mahal kepada warga Singapura yang setiap hari berulang-alik di negara ini.

Menurutnya, meskipun mata wang Singapura jauh lebih tinggi berbanding mata wang Malaysia, namun ia terlalu membebankan orang ramai.

“Pada saya terlalu mahal dengan caj sekali masuk RM20. Kasihan pada yang setiap hari keluar masuk ke negara ini.

“Walaupun boleh dikatakan mata wang besar, tapi banyak lagi kos yang perlu kami tanggung,” katanya – Sinar harian

Advertisements