Singapura kaji langkah Malaysia kenakan bayaran VEP RM20

Singapore-Link-2SINGAPURA 22 Dis.- Kementerian Pengangkutan Singapura sedang mengkaji langkah Malaysia untuk mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 (S$7.55) terhadap kenderaan asing mulai pertengahan tahun depan dan akan memberi respons ‘apabila tiba masanya’, lapor Channel NewsAsia (CNA).

Saluran televisyen tempatan itu memetik jurucakap kementerian berkenaan sebagai berkata: “Kami sedang mengkaji levi baharu itu dan akan membuat keputusan tentang respons kami apabila tiba masanya.”

“Kami dapati, antara lain, ia tidak akan dikenakan secara seragam di semua sempadan darat Malaysia”.

Respons itu dibuat susulan kepada laporan pada Ahad apabila Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dipetik sebagai berkata, kenderaan asing yang memasuki Johor dari Singapura akan dikenakan VEP RM20 mulai pertengahan tahun depan.

 Aziz berkata, langkah itu sejajar dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai tentang pelaksanaan VEP terhadap kenderaan yang berdaftar di negara asing yang memasuki Malaysia melalui Johor.

Katanya, Kementerian Pengangkutan sedang menyediakan butiran terperinci mengenai pelaksanaan VEP di dua pintu masuk di Johor – Tambak Johor dan Link Kedua, sebelum ia dilaksanakan. – Bernama

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/singapura-kaji-langkah-malaysia-kenakan-bayaran-vep-rm20-1.39601#sthash.cZI1Dclk.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s