RM34.82j pinjaman TEKUN di Johor

image (9)JOHOR BAHRU 21 Dis. – Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) meluluskan pinjaman berjumlah RM34.82 juta kepada 3,767 pemohon dari 26 kawasan Parlimen di negeri ini sepanjang tempoh Ja­nuari hingga November lalu.

Pengurus TEKUN negeri, Zainal Rahmat berkata, jumlah pembiayaan berkenaan merangkumi tiga skim yang disediakan TEKUN iaitu Tekun Niaga, Skim Pinjaman Usahawan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (SPUV) dan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI).

Beliau berkata, bagi pembiayaan Tekun Niaga, ia melibatkan jumlah sebanyak RM33 juta dengan bilangan usahawan seramai 3,630 orang manakala bagi SPUMI pula sebanyak RM1.3 juta (103 usahawan) dan SPUV pula RM528,500 (34 usahawan).

“Pinjaman yang diberikan merupakan satu inisiatif kerajaan untuk membantu melahirkan usahawan berdaya saing di samping meningkatkan pendapatan rakyat.

 “Sehubungan itu, peminjam TEKUN diminta supaya tidak culas membayar balik pinjaman kerana ramai lagi usahawan kecil memerlukan bantuan tabung ini untuk mengembang atau memulakan perniagaan,” katanya selepas Jamuan Makan Malam Warga Kerja TEKUN Johor, di sini baru-baru ini.

Majlis yang bertujuan meraikan kira-kira 100 warga kerja TEKUN di 26 daerah ini dirasmikan oleh Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad dan turut dihadiri oleh Ketua Whip Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Yahya Jaffar.

Menurut Zainal, setakat ini banyak pihak menerima manfaat daripada tabung berkenaan yang merupakan salah satu landasan untuk usahawan mendapatkan modal perniagaan.

 Tambahnya, sejak 1998 sehingga bulan lalu, TEKUN telah menjana pendapatan dan memberi peluang perniagaan kepada kira-kira 37,851 usahawan dari seluruh negeri dengan jumlah pembiayaan mencecah RM359.1 juta.

“Apabila peminjam membuat bayaran balik, maka pihak TEKUN akan lebih berkeyakinan untuk memberi pinjaman pada masa hadapan,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/usahawan/rm34-82j-pinjaman-tekun-di-johor-1.39310#sthash.H8FTbmAU.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s