Pengguna LTAS 
meningkat 2.06 juta orang

image (10)JOHOR BAHRU 21 Dis. – Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) terus mencatatkan pencapaian memberangsangkan dengan pertambahan 17 peratus pengguna pada tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, setakat November lalu, jumlah pengguna LTAS mencatatkan 2.06 juta orang berbanding 1.75 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Tambahnya, pertumbuhan 17 peratus itu diyakini terus meningkat pada bulan ini sekali gus mencapai sasaran 2.2 juta pengguna untuk 2014.

“Perkembangan positif itu diyakini berterusan kerana Disember me­rupakan musim perayaan dan percutian panjang di kebanyakkan negara serantau selain penurunan nilai mata wang ringgit sejak awal bulan ini.

 “Faktor ini secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai pelancong berbelanja dan bermalam di Johor khususnya pelancong antarabangsa,” katanya selepas melancarkan penerbangan sulung Tunamaya di LTAS, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Tunamaya Beach & Spa Resort (Tunamaya), Gan Hong Lee.

Siew Kiong berkata, daripada jumlah 2.06 juta pengguna itu, seramai 176,602 merupakan penumpang antarabangsa yang menyaksikan peningkatan sebanyak 54 peratus berbanding 114,889 dalam tempoh sama pada tahun lalu.

 Selain itu tambahnya, jumlah penumpang domestik pula adalah seramai 1.83 juta orang berbanding 1.59 juta pada tahun lalu.

“Pertumbuhan lebih 50 peratus untuk pasaran antarabangsa itu me­nunjukkan hasil kejayaan kerajaan negeri Johor, lapangan terbang Senai dan pihak pengusaha industri pelancongan yang komited dalam usaha-usaha promosi pelancongan di luar negara,” katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaan caj permit masuk kenderaan (VEP) ke atas kenderaan dari Singapura, Siew Kiong berkata, caj itu dijangka tidak menjejaskan kedatangan pelancong ke negeri ini.

 Sambil memberi contoh pelaksanaan tol pada 1 Ogos lalu, beliau menambah, pelancong daripada republik itu tetap memasuki negeri ini untuk berbelanja, lebih-lebih lagi dengan penurunan nilai ringgit.

– See more at: http://www.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/pengguna-ltas-8232-cecah-2-06-juta-orang-1.39345#sthash.1rEDUHvW.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s