JDT JALIN KERJASAMA DENGAN DORTMUND

jdt1Kenyataan Media

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), sukacita memaklumkan bahawa perjanjian usaha sama antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan gergasi Jerman, Borussia Dortmund ( BVB) telah disahkan secara rasmi.

Perjanjian itu bukan sahaja akan menyaksikan kedua-dua pihak berkongsi kepakaran dan maklumat latihan tetapi juga peluang untuk penukaran pemain pada masa akan datang dan juga membantu dalam pembangunan bola sepak dari peringkat belia di negeri Johor.

Bersempena dengan perkongsian usaha sama tersebut, pasukan utama Dortmund akan berkunjung ke Johor buat julung kalinya pada bulan Julai yang akan datang untuk perlawanan persahabatan menentang pasukan JDT.

Bola sepak negeri Johor telah mengorak langkah yang jauh dalam beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi ini bukan penghujungnya tetapi merupakan satu permulaan. Hidup Johor. – JOHOR Southern Tigers

Advertisements