Cadangan VEP Malaysia pada pertengahan 2015

CADANGAN VEP MALAYSIA

“kerajaan telah memutuskan kadar bayaran VEP yang dikenakan ialah RM20 bagi kenderaan asing yang memasuki Johor melalui Singapura dan pembayarannya menggunakan kad Touch n Go” Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

“Kerajaan sudahpun memutuskan pelaksanaan VEP pada 2015, cuma dijangka akan mula beroperasi pada pertengahan 2015 kerana perlu melalui proses memasang peralatan di kedua- dua pintu masuk ke negara ini.

“Sekarang Kementerian Pengangkutan dalam proses melaksanakan perkara berkenaan selain sedang mendokumenkan kaedah pembelian dan penggunaan sistem terbabit (Touch n Go),” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Serbaguna, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Hwa Naan, di sini semalam.

Mengulas lanjut, Ab Aziz berkata, walaupun kadar VEP RM20 dianggap rendah, namun caj berkenaan dilakukan setiap hari ( 24 jam, tujuh hari seminggu) berbeza dengan kaedah bayaran yang dikenakan republik Singapura yang tidak mengenakan bayaran pada hujung minggu serta mempunyai diskaun tertentu.

Advertisements