Banjir sulitkan SPR keluarkan notis

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Banjir yang bertambah buruk di beberapa negeri telah menyulitkan usaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan notis, pewartaan serta mempamerkan cadangan awal tentang persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof (gambar) berkata, pihak SPR melihat bencana tersebut sebagai salah satu faktor yang menyulitkan penentuan tarikh pengumuman persempadanan semula berkenaan.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan, pihaknya akan mengumumkan perkara tersebut apabila kea­daan bertambah pulih dan teratur.

“Kenyataan media akan dikeluarkan oleh SPR berhubung persempadanan semula itu.

 “Banjir yang bertambah buruk di beberapa negeri menjadi salah satu sebab menentukan tarikh notis dan warta persempadanan semula khasnya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dan Tanah Melayu (Semenanjung) serta Sabah umum­nya,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Aziz sebelum ini memberitahu, SPR merancang mengeluarkan notis, pewartaan serta mempamerkan cada­ngan awal tentangnya pada bulan ini.

Beliau berkata, pihaknya sedang menunggu kerja-kerja dari Jabatan Ukur dan Jabatan Perangkaan untuk membantu membuat peta bahagian-bahagian pilihan raya baharu berhubung cadangan tersebut.

 Enggan mengulas lanjut butirannya, beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan persempadanan itu melibatkan ‘banyak peta yang perlu dibentuk’.

Kata beliau, kajian menyeluruh akan melibatkan semua negeri termasuk di Sabah dan Sarawak, boleh dibuat secara bersama kerana tempoh persempadanan itu telah melepasi lapan tahun.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/banjir-sulitkan-spr-keluarkan-notis-1.39555#sthash.SyTscXJ0.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s