Perkahwinan Muaz-Izzati dapat kebenaran mahkamah

image (1)KLUANG 17 Dis. – Pasangan remaja, Muhd. Muaz Mislan, 15, dan Nur Izzati Amiera Ishak, 17, yang berkahwin pada 30 November lalu mendapat kebenaran bertulis Mahkamah Syariah.

Muhd . Muaz Mislan dan Nur Izzati Amiera Ishak memuat naik gambar mereka di laman sosial Facebook.

Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Mohd. Zamri Kambari berkata, perkahwinan terbabit sah mengikut peruntukan Undang-Undang Keluarga Islam 2003 negeri itu.

Menurutnya, undang-undang yang mengikut Fasal 8, Enakmen 17 itu membenarkan pasangan bawah umur berkahwin sekiranya mendapat persetujuan ibu bapa dan kebenaran mahkamah.

“Sekiranya pengantin lelaki berusia kurang 18 tahun dan pe­rempuan berumur bawah 16 tahun, mereka perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Hakim Syarie.

“Dalam kes membabitkan pasangan remaja tersebut, mereka tidak boleh dinikahkan sekiranya perkara itu tidak dipenuhi,” kata­nya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Malaysia hari ini me­laporkan, perkahwinan pada usia muda pasangan terbabit mendapat perhatian ramai terutamanya pengguna media sosial apabila gambar majlis akad nikah mereka dimuat naik ke dalam Facebook.

Tambah Mohd. Zamri, mah­kamah turut memanggil ibu bapa pihak lelaki dan perempuan terlebih dulu sebelum memberikan kebenaran untuk majlis pernikahan dilangsungkan.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/perkahwinan-muaz-izzati-dapat-kebenaran-mahkamah-1.37848#sthash.ZzoQ2ixN.dpuf

Advertisements