305 orang mangsa banjir dipindah di Mersing

JOHOR BAHRU – Seramai 305 orang daripada 87 keluarga di Mersing dipindah berikutan kawasan kediaman mereka dinaiki air melebihi satu meter ekoran hujan berterusan sejak awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohamed Shahar Abdul Aziz berkata, mereka dari Kampung Che Wook, Kampung Tenglu dan Kampung Air Tawar.

Beliau berkata, 250 orang melibatkan 73 keluarga di Kampung Che Wook dipindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pantai, 49 orang dari 12 keluarga di Kampun Tenglu dipindah ke SK Tenglu dan enam orang melibatkan dua keluarga di Kampung Air Tawar dipindah ke SK Pusat Air Tawar. – BERNAMA

Advertisements