Usaha Jakoa tingkat kemahiran Orang Asli dengan pelajari urutan

teknik mengurut

KLUANG 17 Dis. – Kehidupan yang semakin moden kini menyukarkan orang ramai untuk mendapatkan khidmat urutan tradisional Melayu terutamanya bagi golongan wanita yang baharu melahirkan cahaya mata.

Malah, kesibukan tugas golongan hawa yang bekerjaya turut membataskan mereka mendapatkan khidmat urutan yang memiliki pelbagai manfaat demi kesihatan dan kecantikan untuk jangka masa panjang.

Lantaran itu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mengambil inisiatif dengan menganjurkan Kursus Urutan Tradisional Melayu dan Selepas Bersalin dengan kerjasama D Hasz Beauty and Health Saloon baru-baru ini.

Lebih menarik, kursus selama tiga hari di Pusat Latihan Jakoa Kluang itu memberi peluang kepada golongan beliawanis yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Layau, Kota Tinggi untuk mempelajari dan mendalami kemahiran tersebut.

Menurut Pengurus D Hasz Beauty and Health Saloon, Hasnah Lazim, program yang memberi peluang kepada 12 beliawanis Orang Asli itu adalah yang pertama kali dianjurkan kepada masyarakat tersebut.

Beliau yang juga pengamal urutan tradisional memberitahu, kesemua peserta tersebut hanya mempunyai kemahiran asas untuk mengurut dan berdasarkan semangat yang ditunjukkan, mereka mempelajari dengan cepat teknik urutan yang betul.

“Kita tidak dapat menafikan, pengamal urutan tradisional ini semakin sukar didapati dan ada juga yang telah meningkat usia. Jadi, golongan pelapis perlu disediakan lebih awal agar urutan yang mempunyai pelbagai khasiat ini tidak ditelan dek zaman.

“Masyarakat Orang Asli yang terpilih menjalani kursus ini amat beruntung kerana selain dapat memahirkan diri dalam mengurut, mereka boleh menjana pendapatan yang secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi masing-masing,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Hasnah berkata, pelbagai teknik urutan diajar sepanjang tempoh kursus itu antaranya urutan satu badan, bahu, pilis (dahi) dan tapel (bahagian rahim), selain cara memakai bengkung serta bertungku dengan betul.

“Matlamat kita adalah untuk terus memartabatkan teknik urutan tradisional Melayu ini dengan meluaskan kemahiran itu termasuk kepada masyarakat Orang Asli,” katanya yang kini memiliki pelajar menjangkau 14,000 orang di seluruh negara.

Para peserta yang juga bukan sahaja didedahkan dengan kemahiran urutan, bahkan diajar cara berkomunikasi, berfesyen, mekap dan lain-lain untuk menambah keyakinan diri.

“Kita bukan hanya mahu mencurahkan ilmu dan kemahiran semata-mata kepada mereka tetapi pada masa sama mahu membina modal insan dengan kerjasama Jakoa bagi melahirkan usahawan yang terdiri daripada golongan berkenaan.

“Mereka yang menyertai kursus jangka pendek ini tidak akan berakhir di situ, sebaliknya berpeluang mengikuti kursus ke Tahap Tiga iaitu peringkat tertinggi dalam urutan tradisional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK),” katanya.

Hasnah berkata, orang ramai termasuk golongan ibu tunggal, suri rumah dan penganggur yang berminat menyertai kursus seperti itu boleh menghubunginya menerusi e-mel dhaszbeauty@gmail.com untuk keterangan lanjut.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/pelajari-urutan-tradisional-melayu-1.37620#sthash.sbBU6kn0.dpuf

Advertisements

One thought on “Usaha Jakoa tingkat kemahiran Orang Asli dengan pelajari urutan

  1. Writing blog is tedious.I know how you can get unlimited content for your
    website, type in google:
    Anightund’s rewriter

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s