Kerajaan Johor hargai pandangan golongan profesional

image (5)JOHOR BAHRU 17 Dis. – Kerajaan negeri terus mengalu-alukan pembabitan golongan profesional termasuklah arkitek bagi sama-sama menjayakan perancangan pembangunan di negeri ini pada masa hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ilmu dan kepakaran golongan itu amat diperlukan bagi memastikan pembangunan yang dijalankan adalah selamat, berkualiti dan memenuhi kehendak rakyat.

“Saya amat mengalukan pembabitan profesional dari pelbagai bidang untuk berkongsi idea serta buah fikiran dalam memacu pembangunan di negeri ini.

“Oleh itu Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) khasnya dari cawangan selatan perlu terus terbabit dalam perancangan pembangunan di ne-
geri ini bagi memastikan pembangunan yang dilakukan bersifat holistik agar hasilnya tidak terarah kepada pembinaan mercu tanda semata-mata,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohamed sempena Majlis Anugerah Pertan-
dingan Reka Bentuk Rumah Mampu Milik Johor dan Makan Malam Gala 2014 anjuran PAM cawangan selatan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini semalam.

dalam majlis tersebut, Hasni turut menyampaikan replika cek bernilai RM15,000 setiap seorang kepada Mohammad Razman Junus dan Hong Lim Foo yang memenangi pertandingan reka bentuk RMMJ kategori bertanah dan strata.

Mohamed Khaled turut memuji usaha PAM cawangan selatan yang bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menganjurkan pertandingan reka bentuk rumah mampu milik berkenaan.

Katanya, pertandingan itu dapat membantu kerajaan negeri dalam menyediakan kediaman yang selari dengan perkembangan semasa dengan ciri berbeza berbanding rumah mampu milik sedia ada di negeri lain.

“Saya percaya pertandingan yang dianjurkan ini menjadi salah satu penggerak inovatif dan kreatif dalam usaha menyediakan rumah mampu milik Johor yang lebih kondusif.

“Ia juga dapat mengubah tanggapan negatif tentang rumah mampu milik yang dikatakan sempit, kotor dan jauh dari kawasan pembangunan kepada kediaman yang lebih selesa,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s