Timbang Bank Tanah untuk rumah mampu milik – Najib

image (3)PUTRAJAYA 16 Dis. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan mempertimbangkan untuk mewujudkan konsep Bank Ta­nah khusus untuk pembinaan rumah mampu milik di lokasi strategik.

Beliau berkata, perkara itu tertakluk kepada kemampuan kerajaan untuk menyediakan dana bagi mendapatkan tanah tersebut dan ia akan dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11.

Beliau berkata, konsep Bank Tanah diwujudkan bagi keperluan jangka masa sederhana dan panjang terutama di kawasan bandar yang harga tanahnya semakin me­ningkat.

“Kalau kita buat rumah ber­ja­u­han dari bandar, mereka akan menanggung perbelanjaan yang lebih besar dari segi kos pengangkutan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perumahan Negara di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini.

Hadir sama ialah Menteri Ke­sejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Pengerusi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA), Tan Sri Dr. Jamaluddin Jarjis.

Najib turut meminta kerajaan negeri dan Pusat memperkemas hubungan melalui konsep perkongsian bersama dalam pelaksanaan projek perumahan mampu milik supaya pembinaannya diterima sebagai tanggungjawab bersama.

Beliau berkata, kerajaan me­nyasarkan pembinaan satu juta unit rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang yang digerakkan sektor awam dan swasta, seperti dalam Akujanji Barisan Nasional Pilihanraya Umum Ke-13.

Ini termasuk 500,000 oleh Perbadanan PR1MA, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) 100,493 unit dan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) 100,000 unit dan agensi-agensi lain, katanya.

Beliau berkata, Majlis Penasihat PR1MA akan mengadakan satu mesyuarat pada awal tahun depan bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri untuk mencari kaedah baharu mempercepatkan kelulusan pembinaan projek PR1MA.

Sementara itu, Jamaluddin berkata, kerajaan akan mewujudkan Bank Tanah dengan membeli tanah terutamanya dari syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan estet-estet bagi mewujudkan komuniti di pinggir bandar.

“Ini susulan keperihatinan Perdana Menteri yang sedar harga tanah yang semakin meningkat dan tanah merupakan sumber yang penting untuk membuat rumah. Kalau harga tanah semakin tinggi, ia akan menyebabkan kos rumah semakin meningkat.

“Perdana Menteri bimbang dan mengambil keputusan untuk me­ngawal harga rumah agar tidak me­lonjak tinggi dengan mengadakan konsep Bank Tanah,” katanya.

Ditanya mengenai keluasan Bank Tanah yang akan diwujudkan, Jamaluddin berkata, Unit Perancang Ekonmi (EPU) akan menimbangkannya dan berbincang de­ngan agensi berkaitan. – Bernama

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/timbang-bank-tanah-untuk-rumah-mampu-milik-8211-najib-1.37396#sthash.Wn0sihof.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s