Tidak wujud ‘Projek IC’

image (1)PAPAR 16 Dis. – Kementerian Dalam Negeri sekali lagi menegaskan, tidak wujud sindiket atau ‘Projek IC’ sebagai satu perancangan sama ada oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau mana-mana jabatan serta agensi di bawah kerajaan negeri Sabah secara langsung dan tidak langsung.

Malah, Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang telah memutarbelitkan dapatan laporan suruhanjaya siasatan pendatang asing di Sabah dengan mengangkat kenyataan saksi bahawa wujud Projek IC di negeri ini.

Tegas beliau, kenyataan yang dibuat itu dilakukan tanpa memberi gambaran sebenar bahawa keterangan saksi-saksi berkenaan tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas dan kredibilitinya boleh dipertikai kerana mereka merupakan bekas tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Saya ingin menyatakan bahawa apa yang penting tiada ‘Projek IC’ wujud di Sabah. Namun, terdapat perbuatan yang dilakukan individu luar atau dalam JPN ketika itu berhubung isu ini.

“Bagaimanapun, kita telah mengambil tindakan awal dengan menahan dan membicarakan 94 pelaku atas isu ini di bawah ISA,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Tahanan Sementara di sini hari ini.

Ahmad Zahid turut menjelaskan jumlah penduduk warganegara Malaysia di negeri ini adalah lebih rendah berbanding penduduk warganegara Malaysia di Sarawak.

Kata beliau, berdasarkan bancian Jabatan Perangkaan 2010, jumlah keseluruhan penduduk di Sabah, termasuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara Malaysia yang memiliki dokumen sah serta pendatang asing tanpa izin (PATI) ialah 3.2 juta orang.

Ujarnya, daripada jumlah 3.2 juta orang itu, penduduk warganegara Malaysia di Sabah cuma 2.5 juta berbanding Sarawak 2.6 juta orang.

“Berdasarkan jumlah 3.2 juta orang penduduk di Sabah, jumlah rakyat asing termasuk yang memiliki dokumen dan dibenarkan bekerja di negeri ini serta PATI ialah kira-kira 700,000 orang.

“Kita turut mempunyai kesukaran menganggarkan bilangan sebenar PATI di Sabah kerana kehadiran mereka tidak didaftarkan, namun jumlahnya dianggarkan sekitar 250,000 orang,” katanya.

Sehubungan itu, pihaknya dengan kerjasama semua agensi penguatkuasaan akan melakukan operasi bagi membanteras jumlah PATI yang berada di negeri ini.

Katanya, perkara itu merupakan komitmen kerajaan melalui kementeriannya dalam memastikan masalah kebanjiran PATI dapat diatasi.

Beliau memberitahu, seramai 17,434 PATI telah dihantar pulang dari negeri ini sehingga November 2014.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tidak-wujud-8216-projek-ic-8217-1.37383#sthash.wGdlmHiP.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s