Tanah wakaf di Johor akan dimajukan

10420220_10152707220773173_6123368774572085167_n

Kerajaan Negeri Johor terus komited untuk membangunkan ekonomi umat Islam dan Bumiputera di negeri ini. Sebelum ini kerajaan negeri Johor telah menyediakan tabung usahawan di bawah Perbadanan Islam Johor (PIJ).

Terbaru, Perbadanan Islam Johor akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij) dan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) bagi mengenal pasti tanah-tanah yang terlibat.Di Johor Baharu, ada banyak tanah wakaf yang tidak diguna atau tidak ada perancangan.

Menjadi sasaran Kerajaan Negeri melalui Pelan Suara Hati Johor memartabatkan agama islam dan memperkasa ekonomi umat Islam melalui pembangunan wakaf yang menjadi KPI Exco Agama.

Advertisements