Keluar Dari Kemelut Kemiskinan Menerusi Koperasi

10374004_390010151162302_285563337760139264_nPASIR GUDANG: Sudah tiba masanya koperasi memainkan peranan sebagai agen penggerak bersama-sama kerajaan untuk membantu masyarakat keluar daripada kemelut kemiskinan.

Menteri Besar, Dato’ Mohamed Khaled berkata,  koperasi kini bukan lagi sebagai platform mengumpulkan dana semata-mata, sebaliknya turut menjadi saluran berkesan untuk melatih dan melahirkan lebih ramai usahawan dan peniaga muda, khususnya dari kalangan Bumiputera.

“Saya memuji tindakan 8 buah koperasi di Johor yang telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan perkhidmatan stesen minyak luar bandar di bawah jenama sendiri iaitu, Smart Stream.

“Ini merupakan suatu bentuk kreativiti dan nilai tambah perkhidmatan yang menjadikan sesuatu perkhidmatan dan perniagaan koperasi lebih bersifat unik dan tersendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Koperasi Negeri Johor 2014 di Menara Aqabah, Pair Gudang baru-baru ini.

Sementara itu, katanya penglibatan golongan belia dalam koperasibukan sahaja dapat membantu perkembangan dan potensi ekonomi orang muda, malah menjadi gelanggang interaksi yang positif antara orang muda dan persekitarannya.

“Kita berharap golongan muda selepas ini akan lebih aktif dan berminat untuk menyertai koperasi dan sekaligus berusaha keras menjadikan koperasi sebagai instrument berkesan dalam meningkatkan potensi diri serta mendepani isu-isu masyarakat,” katanya.

Sumber : Jauhar 

Advertisements