Denggi sebabkan 23 kematian di Johor

image (2)MUAR 16 Dis. – Bilangan kes denggi di negeri ini meningkat sehingga 30 peratus dari awal tahun hingga 7 Disember lalu dengan 5,759 kes berbanding 4,421 kes bagi tempoh sama tahun lalu, malah menyaksikan pertambahan kes kematian.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat memberitahu, sebanyak 23 kes kematian direkodkan bagi tempoh lebih 11 bulan tersebut berbanding 20 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Terbaharu pada minggu ke-49 iaitu iaitu minggu pertama bulan ini, 144 kes direkodkan iaitu meningkat 15 kes termasuk melibatkan satu kes kematian seorang wanita berusia 59 tahun yang berasal dari Batu Pahat.

“Johor Bahru merupakan daerah tertinggi kes denggi di Johor dengan 67 peratus diikuti Kulai 7 peratus, Kota Tinggi 5.6 peratus selain Muar dan Kluang masing-masing 5 peratus,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kesihatan HIV dan

AIDS di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Gersik, di Sungai Balang, dekat sini kelmarin.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail; Ketua Pegawai Kesihatan daerah, Dr. Mohammad Zulkipli Othman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Muar, Ramlah Ismail.

Tambah Ayub, daerah lain pula tidak terlalu serius seperti Batu Pahat (4.2 peratus), Segamat (3 peratus), Mersing (2 peratus) dan Ledang (0.4 peratus).

Justeru, beliau menyeru masyarakat mengamalkan kebersihan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes contohnya dalam bekas-bekas air, dulang pasu tanaman dan pasu bunga terutama musim hujan ketika ini.

Pada masa sama, katanya, pihak jabatan kesihatan di setiap daerah akan datang melakukan pemeriksaan di kawasan perumahan dan kampung yang dilanda demam denggi atau berpotensi menjadi pembiakan nyamuk aedes.

“Saya kesal dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak mahu bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan sendiri malah tidak hadir dalam program gotong royong.

Kita hanya perlu tujuh hingga 10 minit seminggu untuk bersihkan takungan atau bekas air yang berisiko,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/sebabkan-23-kematian-1.37200#sthash.Coh66aml.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s