Tunku Abdul Jalil selamat jalani rawatan

JOHOR BAHRU 13 Dis. – Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan di sebuah hospital pakar di Guangzhou, China.

Tunku Abdul Jalil

Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, Tunku Abdul Jalil kini berada dalam keadaan stabil dan akan dibawa pulang ke tanah air dalam tempoh terdekat bagi menjalani rawatan susulan.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim melahirkan kesyukuran dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, rakyat negeri ini serta pelbagai pihak yang telah mendoakan kesihatan anakanda baginda.

“Baginda sangat terharu atas taat setia dan doa khasnya daripada rakyat Johor supaya rawatan itu berjalan sempurna.

“Buat masa kini Tunku Abdul Jalil sedang berehat di hospital berkenaan dan insya-Allah apabila keadaan membenarkan, beliau akan dibawa pulang ke tanah air untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini hari ini.

Tambah Abdul Rahim, Sultan Ibrahim turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan doktor dan pakar yang merawat anakanda baginda itu.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam kenyataan berkata, baginda turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat negeri ini dan akan pulang ke Johor tidak lama lagi.

Justeru, sebagai Menteri Besar, saya meminta kepada semua rakyat Johor agar terus mendoakan supaya Tunku Abdul Jalil kembali sihat seperti biasa. Semoga Allah akan memakbulkan doa kita semua, insya-Allah,” katanya.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tunku-abdul-jalil-selamat-jalani-rawatan-1.36146#sthash.7BJcwg4M.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s