Johor perlu 90 unit ambulans

MUAR 14 Dis. – Sebanyak 90 unit ambulans dengan kos kira-kira RM18 juta diperlukan untuk memenuhi keperluan mendesak di lebih 30 hospital dan klinik kesihatan di negeri ini bagi melancarkan urusan kecemasan.

Ayub Rahmat

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, sebanyak 14 unit ambulans akan diterima tahun depan manakala selebihnya secara berperingkat dalam tempoh beberapa tahun.

“Keutamaan adalah di hospital kerajaan yang seharusnya mempunyai 10 ambulans. Ketika ini hampir tidak ada hospital di Johor memiliki 10 ambulans dan yang ada sekitar empat hingga tujuh sahaja.

“Keperluan di hospital kerajaan dan klinik kesihatan di pedalaman adalah paling mendesak,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Kesihatan HIV dan AIDS di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Gersik, di Sungai Balang, dekat sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Balang, Zaiton Ismail; Ketua Pegawai Kesihatan daerah, Dr. Mohammad Zulkipli Othman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Muar, Ramlah Ismail.

Ayub berkata, ketika ini pihak hospital dan klinik kesihatan dibantu pasukan St. John serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang memberikan perkhidmatan ambulans untuk membawa dan menghantar pesakit dalam kes tertentu.

Pasukan St. John Ambulance dan JPAM katanya, bukan sahaja mempunyai kelengkapan dalam ambulans milik mereka tetapi anggotanya turut dilatih dengan kemahiran asas untuk menyelamat pesakit yang memerlukan rawatan kecemasan.

Beliau berkata, kos bagi setiap unit van untuk kegunaan itu ialah RM120,000 sebelum diubah suai menjadi ambulans dengan kos RM80,000 dan jangka hayat kenderaan berkenaan mengambil masa kira-kira 10 tahun.

“Biasanya tiga ambulans lama dilupuskan setiap tahun di setiap hospital dan digantikan dengan yang baharu. Ambulans yang digunakan melebihi 200,000 kilometer selain kos baik pulih dan penyelenggaraan melebihi 10 peratus daripada harga asal sudah tidak boleh digunakan lagi,” ujarnya.

Menurutnya, di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, terdapat empat ambulans sahaja dan keperluan juga amat mendesak di klinik-klinik kesihatan antaranya di Sungai Balang, Parit Yusof, Lenga dan Bukit Pasir.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/johor/johor-perlu-90-ambulans-1.36407#sthash.FRjlhsVi.dpuf

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s